Mintalah kesembuhan dengan (menyebut) apa yang Allah puji diri-Nya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

استشفوا بما حمد الله به نفسه قبل أن يحمده خلقه، وبما مدح الله به نفسه: (الحمد لله)، و: (قل هو الله أحد)، فمن لم يشفه القرآن؛ فلا شفاه الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mintalah kesembuhan dengan (menyebut) apa yang Allah memuji diri-Nya sebelum mana-mana mahluk-Nya memuji-Nya. Suatu (ucapan) yang Allah memuji diri-Nya (ialah) : {Segala Pujian Bagi Allah (surah al-Fatihah)}, dan {Katakanlah (Wahai Muhammad)! Dialah Allah Yang Satu (surah al-Ikhlas)}. Barang siapa yang tidak sembuh dengan al-Qur’an, (bererti) Allah tidak menyembuhkannya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1167, hadis nombor 5890. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن رجاء الغنوي، قال: ((استشفوا بما حمد الله به نفسه قبل أن يحمده خلقه، وبما مدح الله به نفسه: (الحمد لله)، و: (قل هو الله أحد)، فمن لم يشفه القرآن؛ فلا شفاه الله)). [الخلال في ((فضائل ( قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ )، الواحدي في ((تفسيره)) – الجملة الأخيرة فقط -، ((الضعيفة)) (152)].

(Terlalu Lemah) Daripada Raja’ al-Ghanawi, katanya: "Mintalah kesembuhan dengan (menyebut) apa yang Allah memuji diri-Nya sebelum mana-mana mahluk-Nya memuji-Nya. Suatu (ucapan) yang Allah memuji diri-Nya (ialah) : {Segala Pujian Bagi Allah (surah al-Fatihah)}, dan {Katakanlah (Wahai Muhammad)! Dialah Allah Yang Satu (surah al-Ikhlas)}. Barang siapa yang tidak sembuh dengan al-Qur’an, (bererti) Allah tidak menyembuhkannya". [Riwayat al-Khalal dalam Fadha’il ( قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ), dan al-Wahidi dalam Tafsirnya (ayat yang terakhir sahaja). Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 152].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.