Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
استَشْفوا بِمَا حَمَدَ اللَّهُ بهِ نفسَهُ قَبلَ أَنْ يَحْمَدَهُ خلقُهُ، وَبما مَدَحَ اللَّهُ بهِ نفسَهُ: (الْحَمْدُ لِلَّهِ)، و: (قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ)، فمَن لم يشفِهِ القرآنُ؛ فلَا شفاهُ اللَّهُ.
Teks Bahasa Melayu
Mintalah kesembuhan dengan (menyebut) apa yang Allah memuji diri-Nya sebelum mana-mana mahluk-Nya memuji-Nya. Suatu (ucapan) yang Allah memuji diri-Nya (ialah) : {Segala Pujian Bagi Allah (surah al-Fatihah)}, dan {Katakanlah (Wahai Muhammad)! Dialah Allah Yang Satu (surah al-Ikhlas)}. Barang siapa yang tidak sembuh dengan al-Qur’an, (bererti) Allah tidak menyembuhkannya.
Sahabat Perawi
- Raja' al-Ghanawi
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1167, hadis no. 5890. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن رجاء الغنوي، قال: ((استشفوا بما حمد الله به نفسه قبل أن يحمده خلقه، وبما مدح الله به نفسه: (الحمد لله)، و: (قل هو الله أحد)، فمن لم يشفه القرآن؛ فلا شفاه الله)). [الخلال في ((فضائل ( قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ )، الواحدي في ((تفسيره)) - الجملة الأخيرة فقط -، ((الضعيفة)) (152)].
(Terlalu Lemah) Daripada Raja’ al-Ghanawi, katanya: "Mintalah kesembuhan dengan (menyebut) apa yang Allah memuji diri-Nya sebelum mana-mana mahluk-Nya memuji-Nya. Suatu (ucapan) yang Allah memuji diri-Nya (ialah) : {Segala Pujian Bagi Allah (surah al-Fatihah)}, dan {Katakanlah (Wahai Muhammad)! Dialah Allah Yang Satu (surah al-Ikhlas)}. Barang siapa yang tidak sembuh dengan al-Qur’an, (bererti) Allah tidak menyembuhkannya". [Riwayat al-Khalal dalam Fadha’il ( قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ), dan al-Wahidi dalam Tafsirnya (ayat yang terakhir sahaja). Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 152].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman