Mintalah kepada Allah SWT al-Firdaus kerana sesungguhnya ia merupakah khazanah syurga

TEKS BAHASA ARAB

إذا سألتم، فسلوا الله عز وجل الفردوس؛ فإنها سر الجنة، يقول الرجل منكم لراعيه: عليك بسر الوادي؛ فإنه أعشبه وأمرعه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika kamu semua meminta sesuatu, maka mintalah kepada Allah SWT al-Firdaus kerana sesungguhnya ia merupakah khazanah syurga. (Ibarat) seorang lelaki daripada kamu berkata kepada sang pengembalanya: Kamu seharusnya pergi mencari khazanah lembah ini kerana disitulah kawasan yang paling banyak tumbuhan dan paling subur.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1524, hadis nombor 7748. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن العرباض بن سارية – رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إذا سألتم، فسلوا الله عز وجل الفردوس؛ فإنها سر الجنة، يقول الرجل منكم لراعيه: عليك بسر الوادي؛ فإنه أعشبه وأمرعه)). [الفسوي، ((الضعيفة))(5510)].

(Sangat Lemah)
Daripada ‘Irbadh bin Sariyah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Jika kamu semua meminta sesuatu, maka mintalah kepada Allah SWT al-Firdaus kerana sesungguhnya ia merupakah khazanah syurga. (Ibarat) seorang lelaki daripada kamu berkata kepada pengembalanya: Kamu seharusnya pergi mencari khazanah lembah ini kerana disitulah kawasan yang paling banyak tumbuhan dan paling subur. [Riwayat al-Fasawi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5510].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs