Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا سألتمْ، فَسَلُوا الله عز وجل الفردوس؛ فإنها سرُّ الجنة، يقول الرجل منكم لراعيهِ: عليك بِسرِّ الوادي؛ فإنه أَعْشَبُهُ وأَمْرَعُهُ.
Teks Bahasa Melayu
Jika kamu semua meminta sesuatu, maka mintalah kepada Allah SWT al-Firdaus kerana sesungguhnya ia merupakah khazanah syurga. (Ibarat) seorang lelaki daripada kamu berkata kepada sang pengembalanya: Kamu seharusnya pergi mencari khazanah lembah ini kerana disitulah kawasan yang paling banyak tumbuhan dan paling subur.
Sahabat Perawi
- ‘Irbadh bin Sariyah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1524, hadis no. 7748. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat Lemah) Daripada ‘Irbadh bin Sariyah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Jika kamu semua meminta sesuatu, maka mintalah kepada Allah SWT al-Firdaus kerana sesungguhnya ia merupakah khazanah syurga. (Ibarat) seorang lelaki daripada kamu berkata kepada pengembalanya: Kamu seharusnya pergi mencari khazanah lembah ini kerana disitulah kawasan yang paling banyak tumbuhan dan paling subur. [Riwayat al-Fasawi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5510].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman