Mawquf

30/06/2024

minit bacaan



Mintalah kepada Allah semua perkara hinggakan tali selipar yang putus

Teks Bahasa Arab

سلُوا اللهَ كُلَّ شيءٍ حتى الشَّسْعَ، فإِنَّ اللهَ إِنْ لم يُيَسِّرْهُ لم يَتَيَسَّرْ.

Teks Bahasa Melayu

Mintalah kepada Allah semua perkara hinggakan tali selipar yang putus, kerana sesungguhnya jika Allah tidak mempermudahkannya maka ia tidak akan menjadi mudah.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Mawquf

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1416, hadis no. 7187. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موقوف) عن عائشة رضي الله عنها قالت: سلوا الله كل شيء، حتى الشسع، فإن الله إن لم ييسره، لم يتيسر. [ع، ابن السني، ((الضعيفة)) (1363)]

(Mawquf) Daripada 'Aishah RA, katanya: Mintalah kepada Allah semua perkara hinggakan tali selipar yang putus, kerana sesungguhnya jika Allah tidak mempermudahkannya maka ia tidak akan menjadi mudah. [Riwayat Abu Ya'la dalam al-Musnad dan Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1363]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.