Daif

30/06/2024

minit bacaan



Mintalah kepada Allah apa sahaja hajat kamu di dalam solat subuh

Teks Bahasa Arab

سَلُوا اللهَ حوائجَكم البَتَّةَ في صلاةِ الصبحِ.

Teks Bahasa Melayu

Mintalah kepada Allah apa sahaja hajat kamu di dalam solat subuh.

Sahabat Perawi

  1. Abu Rafi’ RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 251, hadis no. 1301. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي رافع - رضي الله عنه - مرفوعا: ((سلوا الله حوائجكم البتة في صلاة الصبح)). [الروياني، ((الضعيفة)) (1908)]

(Daif) Daripada Abu Rafi’ RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Mintalah kepada Allah apa sahaja hajat kamu di dalam solat subuh. [Riwayat al-Ruyani. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1908]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.