Mintalah kelebihan daripada orang yang mempunyai sifat belas kasihan dari kalangan hamba-hambaku

TEKS BAHASA ARAB

حديث: يقول الله: اطلبوا الفضل من الرحماء من عبادي تعيشوا في أكنافهم فإني جعلت فيهم رحمتي ولا تطلبوه من القاسية قلوبهم فإني جعلت فيهم سخطي.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Firman Allah: Mintalah kelebihan daripada orang yang mempunyai sifat belas kasihan dari kalangan hamba-hambaku, tinggallah di bawah perlindungan mereka. Sesungguhnya aku meletakkan rahmatku dalam kalangan mereka, janganlah kamu meminta daripada mereka yang keras hatinya kerana aku meletakkan kemarahanku dalam kalangan mereka.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 66-67, hadis nombor 18. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه العقيلي عن أبي سعيد مرفوعا وقال العقيلي: لا يعرف من وجه يصح.
وفي إسناده: مجهول.
وقد أخرج الحاكم في المستدرك من حديث علي رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم اطلبوا
المعروف من رحماء أمتي تعيشوا في أكنافهم ولا تطلبوه من القاسية قلوبهم فإن اللعنة تنزل عليهم.
قال الحاكم: صحيح الإسناد وقال العراقي في تخريج الإحياء: ليس كما قال (1) وقال الصغاني: موضوع.

Al-Uqaili meriwayatkan daripada Abu Said secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi) dan beliau berkata: Tidak diketahui hadith ini dari sanad yang sahih.

Pada sanadnya terdapat perawi yang tidak dikenali.

Al-Hakim telah meriwayatkan di dalam kitabnya al-Mustadrak daripada riwayat Ali RA berkata: Nabi SAW bersabda: Mintalah kebaikan orang yang mempunyai sifat belas kasihan dari kalangan umatku. Kamu tinggallah di bawah perlindungan mereka. Dan janganlah kamu meminta daripada mereka yang keras hatinya kerana laknat turun ke atas mereka.

Al-Hakim berkata: Sanadnya sahih, al-Iraqi berkata di dalam Takhrij Ihya’. Ia bukanlah seperti yang diperkatakan oleh al-Hakim, al-Saghani berkata : Hadith ini palsu.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs