Mintalah kebaikan pada mereka yang berwajah baik

TEKS BAHASA ARAB

اطلبوا الخير عند حسان الوجوه، وتسموا بخياركم، وإذا أتاكم كريم قوم فأكرموه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mintalah kebaikan pada mereka yang berwajah baik, dan berilah nama dengan (nama) yang terbaik dari kalangan kamu, jika datang seorang yang mulia dari sesuatu kaum maka muliakanlah dia.

STATUS

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 872, hadis nombor 4469. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عائشة مرفوعا: ((اطلبوا الخير عند حسان الوجوه، وتسموا بخياركم، وإذا أتاكم كريم قوم فأكرموه)). [عق، ابن عساكر، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (2797)].

(Sangat lemah)
Daripada Aisyah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) : “Mintalah kebaikan pada mereka yang berwajah baik, dan berilah nama dengan (nama) yang terbaik dari kalangan kamu, jika datang seorang yang mulia dari sesuatu kaum maka muliakanlah dia.”
[Riwayat al-Uqaili dalam al-Dhu'afa' al-Kabir, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq dan Ibn al-Jauzi dalam al-Maudhu'at. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2797].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs