Mintalah hajat dengan jiwa yang mulia

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

اطلبوا الحوائج بعزة الأنفس، فإن الأمور تجري بالمقادير.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mintalah hajat dengan jiwa yang mulia. Kerana sesungguhnya setiap perkara itu berlalu dengan ketetapannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 179 hadis nombor 913. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبدالله بن بسر المازني – رضي الله عنه – مرفوعاً: اطلبوا الحوائج بعزة الأنفس، فإن الأمور تجري بالمقادير.
[تمام، ((الضعيفة)) (1390)]

(Lemah)
Daripada Abdullah bin Busr Al-Mazini RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Mintalah hajat dengan jiwa yang mulia. Kerana sesungguhnya setiap perkara itu berlalu dengan ketetapannya.
[Riwayat Tammam. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 1390]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.