Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اطلُبوا الحوائجَ بِعِزَّةِ الأنفسِ، فإنَّ الأمورَ تَجْرِي بالمقاديرِ.
Teks Bahasa Melayu
Mintalah hajat dengan jiwa yang mulia. Kerana sesungguhnya setiap perkara itu berlalu dengan ketetapannya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Busr Al-Mazini RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 179, hadis no. 913. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبدالله بن بسر المازني - رضي الله عنه - مرفوعاً: اطلبوا الحوائج بعزة الأنفس، فإن الأمور تجري بالمقادير. [تمام، ((الضعيفة)) (1390)]
(Daif) Daripada Abdullah bin Busr Al-Mazini RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Mintalah hajat dengan jiwa yang mulia. Kerana sesungguhnya setiap perkara itu berlalu dengan ketetapannya. [Riwayat Tammam. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 1390]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman