TEKS BAHASA ARAB
اطلبوا الحوائج عند حسان الوجوه، فإن قضاها قضاها بوجه طلق، وإن ردها ردها بوجه طلق.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Mintalah hajat dari orang yang berwajah manis, jika dia mahu menunaikan (hajatmu) dia akan tunaikan dengan wajah yang manis, jika dia menolak (sekalipun), dia akan menolak dengan wajah yang manis.
STATUS
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 872, hadis nombor 4468. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن جابر -رضي الله عنه- مرفوعا: ((اطلبوا الحوائج عند حسان الوجوه، فإن قضاها قضاها بوجه طلق، وإن ردها ردها بوجه طلق)). [الطبراني في ((ما انتقاه ابن مردويه عليه))، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (2796)].
(Palsu)
Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Mintalah hajat dari orang yang berwajah manis, jika dia mahu menunaikan (hajatmu) dia akan tunaikan dengan wajah yang manis, jika dia menolak (sekalipun), dia akan menolak dengan wajah yang manis.”
[Riwayat al-Tabarani dalam Ma Intaqahu Ibn Mardawaih Alaih dan Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2796].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.