Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Mintalah hajat dari orang yang berwajah manis

Teks Bahasa Arab

اطلُبوا الحوائجَ عندَ حِسانِ الوجوهِ، فإن قضاها قَضاها بوَجهٍ طَلقٍ، وإن ردَّها ردَّها بوجهٍ طلقٍ.

Teks Bahasa Melayu

Mintalah hajat dari orang yang berwajah manis, jika dia mahu menunaikan (hajatmu) dia akan tunaikan dengan wajah yang manis, jika dia menolak (sekalipun), dia akan menolak dengan wajah yang manis.

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 872, hadis no. 4468. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن جابر -رضي الله عنه- مرفوعا: ((اطلبوا الحوائج عند حسان الوجوه، فإن قضاها قضاها بوجه طلق، وإن ردها ردها بوجه طلق)). [الطبراني في ((ما انتقاه ابن مردويه عليه))، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (2796)].

(Palsu) Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Mintalah hajat dari orang yang berwajah manis, jika dia mahu menunaikan (hajatmu) dia akan tunaikan dengan wajah yang manis, jika dia menolak (sekalipun), dia akan menolak dengan wajah yang manis.” [Riwayat al-Tabarani dalam Ma Intaqahu Ibn Mardawaih Alaih dan Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2796].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.