Mintalah fatwa dari hatimu

TEKS BAHASA ARAB

تراءيت للنبي صلى الله عليه وسلم بمسجد الخيف، فقال لي أصحابه: إليك يا واثلة! – أي:تنح عن وجه النبي صلى الله عليه وسلم فقال النبي صلى الله عليه وسلم : ((دعوه، فإنما جاء يسأل)). قال: فدنوت، فقلت: بأبي أنت وأمي يا رسول الله! لتفتنا عن أمر نأخذه عنك من بعدك. قال: ((لتفتك نفسك)). قال: قلت: وكيف لي بذلك؟ قال: ((دع ما يريبك إلى ما لا يريبك، وإن أفتاك المفتون)) . قلت: وكيف لي بعلم ذلك؟ قال: ((تضع يدك على فؤادك؛ فإن القلب يسكن للحلال، ولا يسكن للحرام، وإن الورع المسلم يدع الصغير مخافة أن يقع في الكبير)). قلت: بأبي أنت وأمي ما العصبية؟ قال: ((الذي يعين قومه على الظلم)) . قلت: فمن الحريص؟ ((الذي يطلب المكسبة من غير حلها)). قلت: فمن الورع؟ قال:((الذي يقف عند الشبهة)) . قلت: فمن المؤمن؟ قال: ((من أمنه الناس على أموالهم ودمائهم)). قلت: فمن المسلم؟ قال: ((من سلم المسلمون من لسانه ويده)) . قلت: فأي الجهاد أفضل؟ قال: ((كلمة حق عند إمام جائر)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku terlihat oleh Nabi SAW di masjid al-Khaif, lalu sahabatnya berkata: Menjauhlah kamu wahai Wathilah, iaitu menjauhilah kamu dari pandangan Nabi SAW. Lalu Nabi SAW berkata: “Biarkan dia, dia datang mahu bertanya.” Dia (Wathilah) berkata: Lalu aku mendekat dan berkata: “Biarlah ayah dan ibuku menjadi tebusanmu wahai Rasulullah! Engkau berikanlah fatwa tentang perkara yang kami ambil darimu selepas kewafatanmu.” Baginda bersabda: Berfatwalah ke atas dirimu (bertanyalah pada hatimu). Aku berkata: “Bagaimana aku dapat melakukan itu?” Baginda menjawab: “Tinggalkanlah apa yang meragukanmu, sekalipun para mufti memberi fatwa kepadamu (tentang harusnya perkara yang meragukan tersebut).” Aku berkata: “Bagaimana aku dapat mengetahui perkara tersebut?” Baginda bersabda: “Letakkanlah tanganmu di atas dadamu, sesungguhnya hati menjadi tenang bagi apa-apa yang halal, dan tidak tenang bagi perkara yang haram. Sesungguhnya seseorang yang warak dan muslim akan meninggalkan dosa yang kecil kerana bimbang akan terjebak dalam dosa yang besar.” Aku bertanya: “Demi ayah dan ibuku sebagai tebusan, apakah makna al-‘Asabiyyah?” Baginda menjawab: “Orang yang menolong kaumnya atas kezaliman.” Aku bertanya lagi: Siapakah pula orang tamak? Baginda menjawab: “Orang yang mencari sumber rezeki dari sumber yang tidak halal.” Aku bertanya lagi: “Siapakah al-Wara’?” Baginda menjawab: “Orang yang tidak terlibat dengan perkara syubhah.” Aku berkata: “Siapakah mukmin?” Baginda menjawab: “Orang yang dipercayai oleh manusia untuk menjaga harta dan nyawa mereka.” Aku bertanya: “Siapakah muslim?” Baginda menjawab: Orang yang orang Muslim lain terselamat dari lidahnya dan tangannya (yakni kejahatannya).” Aku berkata: “Apakah jihad yang paling baik?” Baginda menjawab: “Perkataan yang benar di hadapan pemimpin yang zalim.”

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 630, hadis nombor 3276. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن واثلة ابن الأسقع – رضي الله عنه -، قال: تراءيت للنبي صلى الله عليه وسلم بمسجد الخيف، فقال لي أصحابه: إليك يا واثلة! – أي:تنح عن وجه النبي صلى الله عليه وسلم فقال النبي صلى الله عليه وسلم : ((دعوه، فإنما جاء يسأل)). قال: فدنوت، فقلت: بأبي أنت وأمي يا رسول الله! لتفتنا عن أمر نأخذه عنك من بعدك. قال: ((لتفتك نفسك)). قال: قلت: وكيف لي بذلك؟ قال: ((دع ما يريبك إلى ما لا يريبك، وإن أفتاك المفتون)) . قلت: وكيف لي بعلم ذلك؟ قال: ((تضع يدك على فؤادك؛ فإن القلب يسكن للحلال، ولا يسكن للحرام، وإن الورع المسلم يدع الصغير مخافة أن يقع في الكبير)). قلت: بأبي أنت وأمي ما العصبية؟ قال: ((الذي يعين قومه على الظلم)). قلت: فمن الحريص؟ ((الذي يطلب المكسبة من غير حلها)). قلت: فمن الورع؟ قال:((الذي يقف عند الشبهة)) . قلت: فمن المؤمن؟ قال: ((من أمنه الناس على أموالهم ودمائهم)). قلت: فمن المسلم؟ قال: ((من سلم المسلمون من لسانه ويده)) . قلت: فأي الجهاد أفضل؟ قال: ((كلمة حق عند إمام جائر)). [ع، طب، ((الضعيفة)) (5890)].

(Lemah)
Daripada Wathilah bin al-Asqa’ RA berkata: Aku terlihat oleh Nabi SAW di masjid al-Khaif, lalu sahabatnya berkata: Menjauhlah kamu wahai Wathilah, iaitu menjauhilah kamu dari pandangan Nabi SAW. Lalu Nabi SAW berkata: “Biarkan dia, dia datang mahu bertanya.” Dia (Wathilah) berkata: Lalu aku mendekat dan berkata: “Biarlah ayah dan ibuku menjadi tebusanmu wahai Rasulullah! Engkau berikanlah fatwa tentang perkara yang kami ambil darimu selepas kewafatanmu.” Baginda bersabda: Berfatwalah ke atas dirimu (bertanyalah pada hatimu). Aku berkata: “Bagaimana aku dapat melakukan itu?” Baginda menjawab: “Tinggalkanlah apa yang meragukanmu, sekalipun para mufti memberi fatwa kepadamu (tentang harusnya perkara yang meragukan tersebut).” Aku berkata: “Bagaimana aku dapat mengetahui perkara tersebut?” Baginda bersabda: “Letakkanlah tanganmu di atas dadamu, sesungguhnya hati menjadi tenang bagi apa-apa yang halal, dan tidak tenang bagi perkara yang haram. Sesungguhnya seseorang yang warak dan muslim akan meninggalkan dosa yang kecil kerana bimbang akan terjebak dalam dosa yang besar.” Aku bertanya: “Demi ayah dan ibuku sebagai tebusan, apakah makna al-‘Asabiyyah?” Baginda menjawab: “Orang yang menolong kaumnya atas kezaliman.” Aku bertanya lagi: Siapakah pula orang tamak? Baginda menjawab: “Orang yang mencari sumber rezeki dari sumber yang tidak halal.” Aku bertanya lagi: “Siapakah al-Wara’?” Baginda menjawab: “Orang yang tidak terlibat dengan perkara syubhah.” Aku berkata: “Siapakah mukmin?” Baginda menjawab: “Orang yang dipercayai oleh manusia untuk menjaga harta dan nyawa mereka.” Aku bertanya: “Siapakah muslim?” Baginda menjawab: Orang yang orang Muslim lain terselamat dari lidahnya dan tangannya (yakni kejahatannya).” Aku berkata: “Apakah jihad yang paling baik?” Baginda menjawab: “Perkataan yang benar di hadapan pemimpin yang zalim.”
[Riwayat Abu Ya’la dalam Musnadnya dan al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5890].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs