TEKS BAHASA ARAB
استرشدوا العاقل ترشدوا، ولا تعصوه تندموا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Mintalah bimbingan daripada seorang yang berakal, nescaya kamu akan mendapat petunjuk. Janganlah menderhakainya, nescaya kamu akan menyesal.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 172, hadis nombor 868. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: استرشدوا العاقل ترشدوا، ولا تعصوه تندموا.
[خط، ((الضعيفة)) (617)]
(Palsu)
Daripada Abu Hurairah – Raḍiyallāhu ‘anhu – secara Marfu’: Mintalah bimbingan daripada seorang yang berakal, nescaya kamu akan mendapat petunjuk. Janganlah menderhakainya, nescaya kamu akan menyesal.
[Riwayat al-Khatib dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 617]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.