Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
استعِينُوا فِي شدَّةِ الحَرِّ بالحِجَامةِ، فَإِن الدمَ ربما تَبَيَّغَ بِالرَّجلِ فقتله.
Teks Bahasa Melayu
Mintalah bantuan ketika panas melampau dengan berbekam kerana barangkali (ketika panas itu), darah seseorang sedang bergelojak sehingga boleh membunuhnya (hyperemia).
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1173, hadis no. 5931. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس - رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: (( استعينوا في شدة الحر بالحجامة، فإن الدم ربما تبيغ بالرجل فقتله)). [فر، ((الضعيفة)) (2363)]
(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Mintalah bantuan ketika panas melampau dengan berbekam kerana barangkali (ketika panas itu), darah seseorang sedang bergelojak sehingga boleh membunuhnya (hyperemia). [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2363]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman