Mintalah bantuan dengan mengucapkan "Tiada upaya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah"

TEKS BAHASA ARAB

استعينوا بلا حول ولا قوة إلا بالله؛ فإنها تذهب سبعين بابا من الضر أدناها الهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mintalah bantuan dengan mengucapkan "Tiada upaya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah", sesungguhnya ia boleh menghilangkan 70 buah pintu kemudaratan, sekurang-kurangnya keresahan.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1439, hadis nombor 7319. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن جابر رضي الله عنه، قال: شكونا إلى رسول الله ﷺ حر الرمضاء فلم يشكنا وقال: استعينوا بلا حول ولا قوة إلا بالله؛ فإنها تذهب سبعين بابا من الضر أدناها الهم.
[حل، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (2753)]

(Munkar)
Daripada Jābir RA, beliau berkata: Kami pernah mengadu kepada Rasulullah SAW tentang cuaca panas kerana terik mentari, namun baginda tidak pula menerima aduan kami. Baginda seraya bersabda: Mintalah bantuan dengan mengucapkan "Tiada upaya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah", sesungguhnya ia boleh menghilangkan 70 buah pintu kemudaratan, sekurang-kurangnya keresahan.
[Riwayat Abū Nu‘aim dalam Ḥilyah al-Awliyā’ dan Akhbār Aṣbahān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2753]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs