Munkar

30/06/2024

4 minit bacaan



Mintalah bantuan dengan mengucapkan "Tiada upaya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah"

Teks Bahasa Arab

استعينُوا بلا حولَ ولا قوةَ إلا باللهِ؛ فإنها تُذهِبُ سبعين بابًا من الضُّر أدناها الهمُّ.

Teks Bahasa Melayu

Mintalah bantuan dengan mengucapkan "Tiada upaya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah", sesungguhnya ia boleh menghilangkan 70 buah pintu kemudaratan, sekurang-kurangnya keresahan.

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1439, hadis no. 7319. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن جابر رضي الله عنه، قال: شكونا إلى رسول الله ﷺ حر الرمضاء فلم يشكنا وقال: استعينوا بلا حول ولا قوة إلا بالله؛ فإنها تذهب سبعين بابا من الضر أدناها الهم. [حل، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (2753)]

(Munkar) Daripada Jābir RA, beliau berkata: Kami pernah mengadu kepada Rasulullah SAW tentang cuaca panas kerana terik mentari, namun baginda tidak pula menerima aduan kami. Baginda seraya bersabda: Mintalah bantuan dengan mengucapkan "Tiada upaya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah", sesungguhnya ia boleh menghilangkan 70 buah pintu kemudaratan, sekurang-kurangnya keresahan. [Riwayat Abū Nu‘aim dalam Ḥilyah al-Awliyā’ dan Akhbār Aṣbahān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2753]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.