Mintalah afiat untuk selain kamu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

اطلب العافية لغيرك؛ ترزقها في نفسك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mintalah afiat untuk selain kamu, nescaya ia akan direzekikan pada diri kamu.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 95, hadis nombor 490. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن عبد الله بن عمر – رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: اطلب العافية لغيرك؛ ترزقها في نفسك.
[الأصبهاني، ((الضعيفة)) (5475)]

(Sangat Lemah)
Daripada ‘Abdullah ibn ‘Umar RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ‘’Mintalah afiat untuk selain kamu, nescaya ia akan direzekikan pada diri kamu.’’
[Diriwayatkan oleh al-Aṣbahānī dalam al-Targhīb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5475]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.