Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اطلبِ العافيةَ لغيرِكَ، تُرزقْها في نفسكَ.
Teks Bahasa Melayu
Mintalah afiat untuk selain kamu, nescaya ia akan direzekikan pada diri kamu.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 95, hadis no. 490. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عبد الله بن عمر - رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: اطلب العافية لغيرك؛ ترزقها في نفسك. [الأصبهاني، ((الضعيفة)) (5475)]
(Terlalu Daif) Daripada ‘Abdullah ibn ‘Umar RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ‘’Mintalah afiat untuk selain kamu, nescaya ia akan direzekikan pada diri kamu.’’ [Riwayat al-Aṣbahānī dalam al-Targhīb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5475]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman