Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Minta izin itu ada tiga keadaan

Teks Bahasa Arab

الاستئذانُ ثلاثٌ، فبالأُولى يَسْتَنْصِتونَ، والثانيةِ يَسْتَصْلِحونَ، والثالثةِ يَأْذَنُونَ أو يَرُدُّونَ.

Teks Bahasa Melayu

Minta izin itu ada tiga keadaan. Kali pertama, mereka diam. Permintaan kali kedua, mereka akan meneliti, dan pada kali yang ketiga, sama ada mereka memberi izin atau pun mereka menghalang (tidak membenarkan).

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 195, hadis no. 1005. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((الاستئذان ثلاث، فبالأولى يستنصتون، والثانية يستصلحون، والثالثة يأذنون أو يردون)). [السلمي في ((آداب الصحية))، ((الضعيفة)) (2468)]

(Terlalu Daif) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Minta izin itu ada tiga keadaan. Kali pertama, mereka diam. Permintaan kali kedua, mereka akan meneliti, dan pada kali yang ketiga, sama ada mereka memberi izin atau pun mereka menghalang (tidak membenarkan). [Riwayat al-Sulami dalam Adab al-Sihiyah dan Ibn 'Adi dalam al-Kamil Fi al-Du’afa’. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2468]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.