TEKS BAHASA ARAB
حديث: مصر كنانة الله في أرضه ما طلبها عدو إلا أهله الله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Mesir merupakan kinanah (tempat simpanan anak panah) Allah di muka bumi-Nya. Tidaklah musuh menuntutnya melainkan Allah menampakkannya.
STATUS
Tiada asalnya
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 169, hadis nombor 510. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال الزركشي: لا أصل له، وقال السخاوي: ورد بمعناه أحاديث لا يصح منها شيء.
Al-Zarkasyi berkata: Tiada asalnya.
Al-Sakhawi berkata: Warid semakna dengannya hadith-hadith yang tiada satu pun sahih daripadanya.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.