Mesir merupakan kinanah (tempat simpanan anak panah) Allah di muka buminya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

مصر كنانة الله في أرضه ما طلبها عدو إلا وأهلكه الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mesir merupakan kinanah (tempat simpanan anak panah) Allah di muka buminya. Mana-mana musuh yang menginginkannya, pasti Allah membinasakannya.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 84, hadis nombor 383. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

لا أصل له، لكن في “الخطط” للمقريزي، فقال: “في بعض الكتب الإلهية: مصر خزائن الأرض كلها فمن أرادها بسوء قصمه الله”، نعم يروى عن أبي موسى: موقوفا، وعن معاذ مرفوعا: “مصر أهل الجند الضعيف ما كادهم أحد إلا كفاهم الله مؤنته”.

Tidak ada asalnya, namun dalam al-Khutat karya al-Maqrizi beliau menyebutkan: “Dalam sebahagian kitab-kitab ketuhanan: 'Mesir adalah khazanah bagi seluruh bumi. Sesiapa yang berniat buruk terhadapnya, Allah pasti menghancurkannya”. Ya, ada diriwayatkan daripada Abu Musa secara mawquf dan juga daripada Mu'az secara marfu': “Penduduk Mesir adalah tentera yang lemah, tidak seorang pun yang cuba merencanakan kejahatan terhadap mereka, melainkan Allah berikan untuk mereka pertolonganNya”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon