Tiada asalnya

30/06/2024

minit bacaan



Mesir merupakan kinanah

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: مصر كنَانَة الله فِي أرضه مَا طلبَهَا عَدو إِلَّا أَهله الله.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Mesir merupakan kinanah (tempat simpanan anak panah) Allah di muka bumi-Nya. Tidaklah musuh menuntutnya melainkan Allah menampakkannya.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Tiada asalnya

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 169, hadis no. 510. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال الزركشي: لا أصل له، وقال السخاوي: ورد بمعناه أحاديث لا يصح منها شيء.

Al-Zarkasyi berkata: Tiada asalnya. Al-Sakhawi berkata: Warid semakna dengannya hadis-hadis yang tiada satu pun sahih daripadanya.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.