Mesir akan dibuka

TEKS BAHASA ARAB

إن مصر ستفتح فانتجعوا خيرها، ولا تتخذوها دارا؛ إنه يساق إليها أقل الناس أعمارا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mesir akan dibuka. Mohonlah kebaikannya dan jangan menjadikannya tempat tinggal. Ini kerana yang tinggal di dalamnya adalah orang yang pendek umurnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1953, hadis nombor 9782. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن رباح بن قصير قال: قال ﷺ: إِنَّ مِصْرَ سَتُفْتَحُ فَانْتَجِعُوا خَيْرَهَا، وَلا تَتَّخِذُوهَا دَارًا؛ إِنَّهُ يُسَاقُ إِلَيْهَا أَقَلُّ النَّاسِ أَعْمَارًا.
[طب، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (7119)]

(Palsu)
Daripada Rabah Bin Qusayr, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Mesir akan dibuka. Mohonlah kebaikannya dan jangan menjadikannya tempat tinggal. Ini kerana yang tinggal di dalamnya adalah orang yang pendek umurnya.
[Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu‘jam al-Kabir dan Ibn al-Jauzi dalam al-Maudhu’at. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 7119]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs