Mesir akan dibuka selepas kewafatanku

TEKS BAHASA ARAB

حديث : إن مصر ستفتح بعدي، فانتجعوا خيرها، ولا تتخذوها قرارا، فإنه يساق إليها أقل الناس أعمارا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith : Mesir akan dibuka selepas kewafatanku. Ambillah kebaikan darinya dan janganlah mengambilnya sebagai tempat tinggal kerana orang-orang yang pendek umurnya akan ditarik kepadanya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 433, hadis nombor 10. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه أبو سعيد عن موسى بن علي بن رباح عن أبيه عن جده. وقال: منكر جدًا، وفي إسناده: مطهر بن الهيثم، وهو متروك.قال في اللآىء: روى له ابن ماجه، والحديث أخرجه البخاري في تاريخه وقال: لا يصح، وأخرجه ابن شاهين، وابن السكن في الصحابة، وابن السني، وأبو نعيم في الطب.

Diriwayatkan oleh Abu Said daripada Musa bin Ali bin Rabah daripada ayahnya daripada datuknya. Dia berkata: Sangat munkar. Dalam sanadnya ada Mutahhir bin al-Haitham, seorang yang matruk.
Dia berkata dalam al-Laali’, Ibn Majah meriwayatkan hadis daripadanya. Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dalam Tarikhnya. Dia berkata: Tidak sahih. Diriwayatkan oleh Ibn Syahin dan Ibn al-Sakan dalam al-Sahabah dan Ibn al-Sunni serta Abu Nuaim dalam al-Tibb.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.