Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّه ستفتحُ مصرُ بعدي فانتجِعوا خيرَها، ولا تتَّخذوها دارًا، فإنَّهُ يساقُ إليْها أقلُّ النَّاسِ أعمارًا.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya selepas kewafatanku Mesir akan dibuka. Maka mohonlah kebaikannya dan jangan menjadikannya tempat tinggal. Ini kerana yang tinggal di dalamnya adalah orang yang pendek umurnya.
Sahabat Perawi
- Rabah Bin Qasir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1365 - 1366, hadis no. 6960. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن رباح بن قصير رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إنه ستفتح مصر بعدي، فانتجعوا خيرها، ولا تتخذوها دارا، فإنه يساق إليها أقل الناس أعمارا. [ابن منده في ((المعرفة))، ((الضعيفة)) (5879)]
(Sangat Lemah) Daripada Rabah bin Qasir RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya selepas kewafatanku Mesir akan dibuka. Maka mohonlah kebaikannya dan jangan menjadikannya tempat tinggal. Ini kerana yang tinggal di dalamnya adalah orang yang pendek umurnya. [Riwayat Ibn Mandah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5879]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman