TEKS BAHASA ARAB
مصر أطيب الأرضين ترابا وعجمها أكرم العجم أنسابا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Mesir adalah tempat yang paling elok tanahnya dan orang ajam di Mesir adalah orang ajam yang paling mulia nasabnya.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 84, hadis nombor 381. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:
قال ابن حجر: لا أعرفه مرفوعا، وإنما يذكر معناه، عن عمرو بن العاص.
Ibn Hajar berkata: “Aku tidak mengetahuinya secara marfu', hadith semakna dengannya hanya disebutkan daripada 'Amr bin al-'As”.
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.