TEKS BAHASA ARAB
حديث: مصر أطيب الأرضين ترابا، وعجمها أكرم العجم أنسابا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith : Mesir adalah tanah bumi yang paling baik, orang Ajam yang tinggal di dalamnya adalah orang yang paling baik nasabnya.
STATUS
Bukan Hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 435, hadis nombor 15. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال ابن حجر: لا أعرفه، مرفوعًا، وإنما يعرف عن عمرو بن العاص.
Ibn Hajar berkata: Aku tidak mengetahuinya secara marfu’, yang aku ketahui adalah ia daripada Amru bin al-As.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.