Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Mesir adalah tanah bumi yang paling baik dan orang Ajam yang tinggal di dalamnya adalah orang yang paling baik nasabnya

Teks Bahasa Arab

حديث: مِصْرُ أَطْيَبُ الأَرْضِينَ تُرَابًا، وَعَجَمُهَا أَكْرَمُ الْعَجَمِ أَنْسَابًا.

Teks Bahasa Melayu

Hadith : Mesir adalah tanah bumi yang paling baik, orang Ajam yang tinggal di dalamnya adalah orang yang paling baik nasabnya.

Sahabat Perawi

  1. Amru bin al-As RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 435, hadis no. 15. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن حجر: لا أعرفه، مرفوعًا، وإنما يعرف عن عمرو بن العاص.

Ibn Hajar berkata: Aku tidak mengetahuinya secara marfu’, yang aku ketahui adalah ia daripada Amru bin al-As.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.