Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من حَدَّث عني حديثًا هو للهِ رِضًى، فأنا قُلْتُه، وبه أُرْسِلْتُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang meriwayatkan satu hadith daripadaku sedangkan dia adalah orang yang diredai oleh Allah, maka aku mengatakan hadith itu dan kerana hadith itulah aku diutuskan.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1240, hadis no. 6325. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: من حدث عني حديثا هو لله رضى، فأنا قلته، وبه أرسلت. [عد، الضعيفة (1172)]
(Palsu) Daripada Abi Hurairah RA secara marfu': Sesiapa yang meriwayatkan satu hadith daripadaku sedangkan dia adalah orang yang diredai oleh Allah, maka aku mengatakan hadith itu dan kerana hadith itulah aku diutuskan. [Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1172]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman