Merendahkan suaranya di sisi ulama', pada hari kiamat dia bersama orang-orang yang dianugerahkan ketaqwaan

TEKS BAHASA ARAB

من غض صوته عند العلماء؛ كان يوم القيامة مع الذين امتحن الله قلوبهم للتقوى من أصحابي، ولا خير فى التملق والتواضع؛ إلا ما كان فى الله، أو فى طلب العلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang merendahkan suaranya di sisi ulama’, pada hari kiamat dia bersama orang-orang yang dianugerahkan ketaqwaan daripada para sahabatku, dan tidak ada kebaikan pada tamalluq (sangat mencintai) dan tawaduk kecuali hal-hal kerana Allah atau pada menuntut ilmu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1232, hadis nombor 6278. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عبد العزيز بن سعيد عن أبيه رضي الله عنه مرفوعا: من غض صوته عند العلماء؛ كان يوم القيامة مع الذين امتحن الله قلوبهم للتقوى من أصحابي، ولا خير فى التملق والتواضع؛ إلا ما كان فى الله، أوفى طلب العلم.
[فر، ((الضعيفة)) (383)].

(Palsu)
Daripada ‘Abd al-‘Aziz bin Sa’id daripada ayahnya RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang merendahkan suaranya di sisi ulama’, pada hari kiamat dia bersama orang-orang yang dianugerahkan ketaqwaan daripada para sahabatku, dan tidak ada kebaikan pada tamalluq (sangat mencintai) dan tawaduk kecuali hal-hal kerana Allah atau pada menuntut ilmu.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 383].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs