Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Merendahkan seorang ilmuan tanpa hak

Teks Bahasa Arab

مَنْ أَذَلَّ عَالِمًا بِغَيْرِ حَقٍّ، أَذَلَّهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَى رُؤُوسِ الْخَلائِقِ.

Teks Bahasa Melayu

Siapa yang merendahkan seorang ilmuan tanpa hak, Allah akan rendahkan dia pada hari kiamat atas kepala-kepala makhluk-makhluk.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 176, hadis no. 317. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

من نسخة سمعان بن مهدي المكذوبة كذا في الذيل.

Dari naskah Sam’an bin Mahdiy si pendusta, begini dalam kitab al-Zayl.

Rujukan

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.