TEKS BAHASA ARAB
سبعون ألفاً من أمتي يدخلون الجنة بغير حساب، قالوا: ومن هم؟ قال: هم الذين لا يكتوون، ولا يرقون، ولا يسترقون ولا يتطيرون، وعلى ربهم يتوكلون
TEKS BAHASA MALAYSIA
Terdapat tujuh puluh ribu orang daripada kalangan umatku yang akan masuk syurga tanpa hisab.” Mereka bertanya: Siapakah mereka? Rasulullah bersabda: “Merekalah orang yang tidak berubat menggunakan besi panas, tidak meruqyah orang, tidak meminta untuk diruqyah, tidak melakukan thiyarah (percaya akan sial majal) dan kepada Tuhan mereka, mereka bertawakkal.
STATUS
Munkar dengan tambahan lafaz "tidak meruqyah orang"
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1737, hadis nombor 8742. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بذكر (ولا يرقون)) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: ((سَبْعُونَ ألْفًا مِن أُمَّتي يَدْخُلُون الجَنَّةَ بغيرِ حِسابٍ.)) قالوا: ومن هم؟ قال: ((هُمُ الَّذِينَ لا يَسْتَرْقُونَ، ولا يَرقُونَ، ولا يَتَطَيَّرُونَ، وعلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ.)) [المخلص في ((العاشر من حديثه))، ((الضعيفة)) (3690)].
(Munkar dengan tambahan lafaz: "tidak meruqyah orang")
Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’- disandarkan kepada Nabi SAW: ((Terdapat tujuh puluh ribu orang daripada kalangan umatku yang akan masuk syurga tanpa hisab.” Mereka bertanya: Siapakah mereka? Rasulullah bersabda: “Merekalah orang yang tidak berubat menggunakan besi panas, tidak meruqyah orang, tidak meminta untuk diruqyah, tidak melakukan thiyarah (percaya akan sial majal) dan kepada Tuhan mereka, mereka bertawakkal.))
[Riwayat al-Mukhlis dalam al-Ashir Min Hadithihi. Silsilah al-Da'ifah no. 3690].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.