Mereka yang paling besar (kedudukannya) dari kalangan umatku

TEKS BAHASA ARAB

أكبر أمتي الذين لم يعطوا فيبطروا، ولم يقتر عليهم فيسألوا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mereka yang paling besar (kedudukannya) dari kalangan umatku adalah mereka yang tidak memberi untuk mereka melampau (riyak), dan mereka tidak disempitkan rezeki sampai mereka meminta-minta.

STATUS

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 873, hadis nombor 4475. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن رجل من الأنصار يقال له ابن الجدع عن أبيه مرفوعا: ((أكبر أمتي الذين لم يعطوا فيبطروا، ولم يقتر عليهم فيسألوا)). [الخطيب في ((الموضح))، ((الضعيفة)) (2874)].

(Lemah)
Daripada seorang lelaki daripada Ansar yang dipanggil: Ibn al-Jada’ dari ayahnya secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Mereka yang paling besar (kedudukannya) dari kalangan umatku adalah mereka yang tidak memberi untuk mereka melampau (riyak), dan mereka tidak disempitkan rezeki sampai mereka meminta-minta.
[Riwayat al-Khatib dalam al-Muwaddah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2874].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs