Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أتقاهم للرَّبِّ، وأوصَلُهم للرَّحِمِ، وآمَرُهم بالمعروفِ، وأنهاهُم عَنِ المنكَرِ.
Teks Bahasa Melayu
Mereka yang paling bertaqwa kepada Allah dan menyambung tali silaturrahim dan mereka yang mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran
Sahabat Perawi
- Durrah Binti Abu Lahab
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1998, hadis no. 10018. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعیف) عن درة بنت أبي لهب، قالت: قلت: يا رسول الله! من خير الناس؟ قال: أتقاهم للرب وأوصلهم للرحم، وآمرهم بالمعروف وأنهاهم عن المنكر. [حم، ابن أبي الدنيا في ((الأمر بالمعروف))، البيهقي في ((الزهد))، ((الضعيفة)) (2093)]
(Lemah) Daripada Durrah Binti Abu Lahab beliau berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah, siapakah sebaik-baik manusia? Baginda menjawab: Mereka yang paling bertaqwa kepada Allah dan menyambung tali silaturrahim dan mereka yang mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. [Diriwayatkan dalam Musnad Ahmad bin Hanbal, Ibn Abu al-Dunya dalam al-Amar bil Ma’ruf dan al-Baihaqi dalam al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Da’fah, no. 2093]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman