Mereka yang beramal mengikut akal fikiran, maka mereka telah sesat dan menyesatkan

TEKS BAHASA ARAB

تعمل هذه الأمة برهة بكتاب الله، ثم تعمل برهة بسنة رسول الله صلى الله عليه وسلم، ثم تعمل بالرأي، فإذا عملوا بالرأي، فقد ضلوا وأضلوا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya umat ini akan beramal untuk seketika dengan Kitab Allah. Kemudian mereka akan beramal untuk seketika dengan Sunnah Rasulullah SAW, kemudian mereka beramal mengikut akal fikiran. Apabila mereka beramal mengikut akal fikiran, maka mereka telah sesat dan menyesatkan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1262, hadis nombor 6450. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: تعمل هذه الأمة برهة بكتاب الله، ثم تعمل برهة بسنة رسول الله صلى الله عليه وسلم، ثم تعمل بالرأي، فإذا عملوا بالرأي، فقد ضلوا وأضلوا.
[ع، ابن عبد البر في ((الجامع))، ((الضعيفة)) (3409)].

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya umat ini akan beramal untuk seketika dengan Kitab Allah. Kemudian mereka akan beramal untuk seketika dengan Sunnah Rasulullah SAW, kemudian mereka beramal mengikut akal fikiran. Apabila mereka beramal mengikut akal fikiran, maka mereka telah sesat dan menyesatkan.
[Riwayat Abu Ya'la dalam Musnad, Ibn 'Abd al-Bar dalam al-Jami'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3409]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs