Mereka yang bebas itu daripada ahli tauhid

TEKS BAHASA ARAB

الأحرار من أهل التوحيد! كفهم أكفاء إلا أربعة: المولى، والحجام، والنساج، والبقال.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mereka yang bebas itu daripada ahli tauhid, mereka itu sekufu’ melainkan pada 4 tempat: hamba, berbekam, tukang anyam dan penjual barang makanan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 952, hadis nombor 4912. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن جابر – رضي الله عنه – قال رسول الله -ﷺ-: الأحرار من أهل التوحيد! كفهم أكفاء إلا أربعة: المولى، والحجام، والنساج، والبقال.
[الربيع في ((مسنده))، ((الضعيفة))(5963)]

(Palsu)
Diriwayatkan daripada Jabir RA telah berkata: Sabda Rasulullah SAW: Mereka yang bebas itu daripada ahli tauhid, mereka itu sekufu’ melainkan pada 4 tempat: hamba, berbekam, tukang anyam dan penjual barang makanan.
[Riwayat al-Rabi’ dalam Musnad-nya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5963]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.