Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الأَحْرَارُ منْ أهْلِ التَّوحيدِ كُلُّهمْ أكْفَاءُ إلَّا أربَعةُ : المَوْلَى ، والحَجَّامُ ، والنَّسَّاجُ ، والبَقَّالُ.
Teks Bahasa Melayu
Mereka yang bebas itu daripada ahli tauhid, mereka itu sekufu’ melainkan pada 4 tempat: hamba, berbekam, tukang anyam dan penjual barang makanan.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 952, hadis no. 4912. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن جابر – رضي الله عنه – قال رسول الله -ﷺ-: الأحرار من أهل التوحيد! كفهم أكفاء إلا أربعة: المولى، والحجام، والنساج، والبقال. [الربيع في مسنده، الضعيفة(5963)]
(Palsu) Diriwayatkan daripada Jabir RA telah berkata: Sabda Rasulullah SAW: Mereka yang bebas itu daripada ahli tauhid, mereka itu sekufu’ melainkan pada 4 tempat: hamba, berbekam, tukang anyam dan penjual barang makanan. [Riwayat al-Rabi’ dalam Musnad-nya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5963]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman