TEKS BAHASA ARAB
حديث: الأمناء عند الله ثلاثة: أنا، وجبريل، ومعاوية.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Mereka yang amanah di sisi Allah itu ada tiga: Aku, Jibril, dan Muawiyah.
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 404, hadis nombor 150. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال النسائي، وابن حبان، والخطيب: إنه باطل، والواضع له: علي بن عبد الله بن الفرج البرداني. وروى من وجه آخر قال فيه النسائي، وابن حبان: باطل موضوع.
وقال ابن عدي: هو باطل من كل وجه. وقد أطال صاحب اللآلىء، في ذكر طرق هذا الحديث، وليس فيها شيء يصح.
ومن جملتها: عن ابن عباس، أن جبريل جاء إلى رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم، وعنده معاوية يكتب بين يديه، فقال يا محمد: إن كاتبك هذا لأمين، وفي إسناده: مجاهيل.
ورواه الطبراني في الأوسط، وفي إسناده: من لا يعرف. وقال في الميزان: هذا خبر باطل، وقال ابن عدي: باطل.
Al-Nasa’i, Ibn Hibban, dan al-Khatib berkata: Sesungguhnya ia adalah batil. Pemalsunya adalah Ali bin Abdullah bin al-Faraj al-Burdani. Diriwayatkan juga dari jalan yang lain. Al-Nasa’i dan Ibn Hibban berkata: Ia batil dan palsu. Ibn Adi berkata: Ia batil dari setiap sudut.
Pengarang al-Laali’ telah menulis panjang mengenai jalur-jalur hadith ini dan berkata: Tiada satupun yang sahih.
Antaranya hadith daripada Ibn Abbas bahawa Jibril datang kepada Nabi SAW dan bersama baginda ada Muawiyah sedang menulis di hadapannya lalu dia berkata wahai Muhammad: Sesungguhnya penulis engkau ini adalah seorang yang jujur. Dalam sanadnya ada orang-orang yang majhul (tidak diketahui).
Al-Tabarani juga meriwayatkan hadith ini dalam al-Awsat. Pada sanadnya terdapat orang yang tidak dikenali.
Dia berkata dalam al-Mizan: Ini hadith yang batil. Ibn Adi pula berkata: Batil.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.