Mereka (perempuan sebegini) itulah seburuk-buruk penguasa bagi orang yang menguasai

TEKS BAHASA ARAB

وهن شر غالب لمن غلب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mereka (perempuan sebegini) itulah seburuk-buruk penguasa bagi orang yang menguasai.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 229, hadis nombor 1214. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعیف) عن الأعشى المازني – رضي الله عنه -، قال: أتيتُ النبي ﷺ، فأنشدته:
يا مالك الناس وديان العرب! *** أني لقيت ذربة من الذرب
غدوت أبغيها الطعام في رجب *** فخلفتني بنزاع وهرب
أخلفت العهد ولطت بالذنب *** وهن شر غالب لمن غلب
قال: فجعل يقول: «وهن شر غالب لمن غلب». [تخ، ابن سعد، عم، ع، «الضعيفة» (5712)].

(Lemah) Daripada al-A’sha al-Mazini RA, beliau berkata: Aku datang kepada Nabi ﷺ lalu aku berseru kepada baginda:
“Wahai raja sekalian manusia, juga hakim masyarakat Arab;
Sungguh aku telah bertemu seorang perempuan kalangan rosak perut (buruk perangai);
Aku pergi mencari makanan untuknya pada bulan Rejab;
Lalu dia meninggalkan aku dengan perselisihan dan melarikan diri;
Dia mungkir akan janji dan menutup dengan ekor (enggan berjimak);
Mereka (perempuan sebegini) itulah seburuk-buruk penguasa bagi orang yang menguasai.”
Beliau berkata: Maka baginda pun bersabda: “Mereka (perempuan sebegini) itulah seburuk-buruk penguasa bagi orang yang menguasai”. [Tarikh al-Kabir oleh al-Bukhari, Ibn Sa’d, Abdullah bin Ahmad dan Musnad Abi Ya’la. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 5712].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.