Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
وَهنَّ شرُّ غالبٍ لمن غَلَبَ.
Teks Bahasa Melayu
Mereka (perempuan) adalah seburuk-buruk pemenang bagi orang yang tewas.
Sahabat Perawi
- A’sya al-Mazini RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1916, hadis no. 9628. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن الأعشى المازني رضي الله عنه، قال: أتيت النبيﷺ فأنشدته: يا مالك الناس وديان العرب! *** إني لقيت ذربة من الذرب غدوت أبغيها الطعام في رجب *** فخلفتني بنزاع وهرب أخلفت العهد ولطت بالذنب *** وهن شر غالب لمن غلب قال: فجعل يقول: وهن شر غالب لمن غلب. [تخ، ابن سعد، عم، ع، ((الضعيفة)) (5712)]
(Lemah) Daripada A’sya al-Mazini RA, telah berkata: Aku telah datang bertemu Nabi SAW, lalu aku mendendangkan syair di hadapan Baginda: Wahai Raja dan Penguasa Bangsa Arab, sesungguhnya aku telah bertemu perempuan (isteri) yang lidahnya buruk daripada penyakit dalam perut. Sedangkan aku mencari untuknya makanan di dalam bulan Rejab, dia tinggalkan diriku dengan pertikaian dan pengasingan, dia memungkiri janjinya dan menutupi kemaluannya, mereka (perempuan) adalah seburuk-buruk pemenang bagi orang yang tewas. Lalu Rasulullah SAW mula bersabda di sisinya: Mereka (perempuan) adalah seburuk-buruk pemenang bagi orang yang tewas. [Riwayat al-Bukhari dalam Tarikh al-Kabir, Ibn Sa'd, ‘Abd Allah bin Ahmad dalam Zawa’id al-Musnad, Musnad Abu Ya’la. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5712]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman