Mereka lapan ratus orang lelaki dan empat ratus orang perempuan merupakan sebaik-baik yang hidup di muka bumi pada hari tersebut

TEKS BAHASA ARAB

ينزل عيسى ابن مريم على ثمانمئة رجل، وأربعمئة امرأة، خيار من على الأرض يومئذ، وكصلحاء من مضى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi Isa bin Maryam AS akan turun kepada lapan ratus orang lelaki dan empat ratus orang perempuan. Mereka merupakan sebaik-baik yang hidup di muka bumi pada hari tersebut, umpama orang-orang soleh yang terdahulu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1373, hadis nombor 6995. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله ﷺ: ينزل عيسى ابن مريم على ثمانمئة رجل، وأربعمئة امرأة، خيار من على الأرض يومئذ، وكصلحاء من مضى.
[أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، فر، ((الضعيفة)) (5568)]

(Palsu)
Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Nabi Isa bin Maryam AS akan turun kepada lapan ratus orang lelaki dan empat ratus orang perempuan. Mereka merupakan sebaik-baik yang hidup di muka bumi pada hari tersebut, umpama orang-orang soleh yang terdahulu.
[Riwayat Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan, al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5568]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.