Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Mereka itulah sejahat-jahat umatku

Teks Bahasa Arab

سيكونُ أقوامٌ من أُمَّتِي يَتَغَلَّطُونَ فقهاءَهم بعُضَلِ المَسَائِلِ، أولئك شِرَارُ أُمَّتِي.

Teks Bahasa Melayu

Akan ada beberapa kumpulan dalam kalangan umatku yang akan menyalahkan para fuqaha mereka dengan beberapa masalah yang sukar, mereka itulah sejahat-jahat umatku.

Sahabat Perawi

  1. Thawban RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1332, hadis no. 6803. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ثوبان رضي الله عنه مرفوعا: سيكون أقوام من أمتي يتغلطون فقهاءهم بعضل المسائل، أولئك شرار أمتي. [طب، ابن بطة، الآجري، الخطيب في ((الفقيه والمتفقة))، ((الضعيفة)) (3717)]

(Sangat Lemah) Daripada Thawban RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Akan ada beberapa kumpulan dalam kalangan umatku yang akan menyalahkan para fuqaha mereka dengan beberapa masalah yang sukar, mereka itulah sejahat-jahat umatku. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, Ibn Battah, al-Ajuri, al-Khatib dalam al-Faqih Wa al-Mutafaqqih. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3717]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.