Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Mereka itu adalah kaum kita

Teks Bahasa Arab

أولئِكَ قومُنا. يعني بني العَنبرِ.

Teks Bahasa Melayu

Mereka itu adalah kaum kita iaitu Bani al-‘Anbar.

Sahabat Perawi

  1. Abu Umamah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1906, hadis no. 9573. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي أمامة رضي الله عنه ، قال: كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ - صلى الله عليه وسلم - رُكْبَانَاً فَمَرَرْنَا بِهَجْمَةٍ فَقَالَ: لِمَنْ هَذِهِ؟ قَالُوا: لَبَنِي الْعَنْبَرِ. فَقَالَ النَّبيُّ - صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: أولئك قومنا. يعني بني العنبر. [طب، وفي ((مسند الشاميين))، ((الضعيفة)) (5548)]

(Palsu) Daripada Abu Umamah RA, beliau berkata: Kami menunggang bersama Nabi SAW. Lalu kami melintasi di kawasan Hajmah. Lantas Nabi SAW bertanya: Kepunyaan siapakah kawasan ini? Para Sahabat berkata: Kepunyaan Bani al-‘Anbar. Nabi SAW lalu bersabda: Mereka itu adalah kaum kita iaitu Bani al-‘Anbar. [Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir dan Musnad al-Syamiyyin. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5548]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.