Mereka ini memuliakan sahabat kita

TEKS BAHASA ARAB

إنهم كانوا لأصحابنا مكرمين، وإني أحب أن أكافئهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mereka ini memuliakan sahabat kita, maka aku suka untuk membalas kebaikan tersebut.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1905 hadis nombor 9572. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

( ضعيف جدا)
عن أبي قتادة – رضي الله عنه -، قال: قدم وفد النجاشي على النبي – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -. فكان يخدمهم، فقال له أصحابه: نحن نكفيك يارسول الله! قال: إنهم كانوا لأصحابنا مكرمين، وإني أحب أن أكافئهم.
[ابن جميع في ((معجم الشيوخ))، ((الضعيفة)) (5682)]

(Sangat lemah)
Daripada Abu Qatadah RA, beliau berkata: Utusan al-Najasyi menghadap Rasulullah SAW dan Rasulullah berkhidmat untuk mereka. Para Sahabat berkata kepada Baginda: Kami sudah cukup wahai Rasulullah. Nabi SAW bersabda: Mereka ini memuliakan sahabat kita, maka aku suka untuk membalas kebaikan tersebut.
[Riwayat Ibn Jami’ dalam Mu’jam al-Syuyukh. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5682]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs