Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنهم كانوا لأصحابِنا مُكْرِمِينَ، وإني أُحِبُّ أن أُكافِئَهم.
Teks Bahasa Melayu
Mereka ini memuliakan sahabat kita, maka aku suka untuk membalas kebaikan tersebut.
Sahabat Perawi
- Abu Qatadah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1905, hadis no. 9572. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي قتادة رضي الله عنه ، قال: قدم وفد النجاشي على النبي - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -. فكان يخدمهم، فقال له أصحابه: نحن نكفيك يارسول الله! قال: إنهم كانوا لأصحابنا مكرمين، وإني أحب أن أكافئهم. [ابن جميع في ((معجم الشيوخ))، ((الضعيفة)) (5682)]
(Sangat Lemah) Daripada Abu Qatadah RA, beliau berkata: Utusan al-Najasyi menghadap Rasulullah SAW dan Rasulullah berkhidmat untuk mereka. Para Sahabat berkata kepada Baginda: Kami sudah cukup wahai Rasulullah. Nabi SAW bersabda: Mereka ini memuliakan sahabat kita, maka aku suka untuk membalas kebaikan tersebut. [Riwayat Ibn Jami’ dalam Mu’jam al-Syuyukh. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5682]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman