Mereka adalah pengganti selepas kewafatan aku

TEKS BAHASA ARAB

هؤلاءِ الخلفاءُ من بعدي. يعني: الخلفاءَ الثلاثةَ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW. Lelaki itu berkata kepada Nabi: Kepada siapa boleh aku serahkan zakat harta aku? Nabi menjawab: Kepada aku. Lelaki itu berkata: Jika aku tidak menemui kamu? Nabi menjawab: Kepada Abu Bakar. Lelaki itu berkata: Jika aku tidak menemuinya? Nabi menjawab: Kepada Umar. Lelaki itu berkata: Jika aku tidak menemuinya? Nabi menjawab: Kepada Uthman. Kemudian lelaki itu berlalu pergi. Lantas Nabi SAW bersabda: Mereka adalah pengganti selepas kewafatan aku. Iaitu tiga orang khalifah.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1938, hadis nombor 9721. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أبي بكرة رضي الله عنه قال: جاء رجل إلى رسول صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فقال له: إلى من أؤدي صدقة مالي؟ قال: إليّ. قال: فإن لم أجدك؟ قال: إلى أبي بكر. قال فإن لم أجده؟ قال: إلى عمر. قال: فإن لم أجده؛ قال: إلى عثمان. ثم ولى منصرفاً، فقال النبي ﷺ: هؤلاء الخُلَفاءُ مِنْ بعدي. يعني: الخلفاءَ الثلاثةَ. روي من حديث أبي بكرة، وسفينة، وقطبة بن مالك، وعائشة، وأبي هريرة.
[أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، عد، ابن الجوزي في ((العلل))، ابن حبان في ((الضعفاء))، البيهقي في ((الدلائل))، ابن أبي عاصم، ك، ((الضعيفة)) (6191)]

(Munkar)
Daripada Abu Bakrah RA, beliau berkata: Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW. Lelaki itu berkata kepada Nabi: Kepada siapa boleh aku serahkan zakat harta aku? Nabi menjawab: Kepada aku. Lelaki itu berkata: Jika aku tidak menemui kamu? Nabi menjawab: Kepada Abu Bakar. Lelaki itu berkata: Jika aku tidak menemuinya? Nabi menjawab: Kepada Umar. Lelaki itu berkata: Jika aku tidak menemuinya? Nabi menjawab: Kepada Uthman. Kemudian lelaki itu berlalu pergi. Lantas Nabi SAW bersabda: Mereka adalah pengganti selepas kewafatan aku. Iaitu tiga orang khalifah. Ia diriwayatkan melalui hadith Abu Bakrah, Safinah, Qutbah Bin Malik, Aisyah dan Abu Hurairah.
[Riwayat Abu Nuaim dalam Akhbar Asbahan, Ibn Adi, Ibn Hibban dalam al-Du'afa, al-Baihaqi dalam al-Dalail, Ibn Abu Asim dan al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6191]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs