Mereka adalah pelayan-pelayan kepada ahli syurga

TEKS BAHASA ARAB

هم خدم أهل الجنة

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mereka adalah pelayan-pelayan kepada ahli syurga.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 69, hadis nombor 52. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه البزار (31- 32/ 3) والبخاري في الكبير (3/ 2/ 407- 408) والطبراني في الكبير (6993/ 7/ 244) وفي الأوسط (287- مجمع البحرين) من طريق عيسى بن شعيب عن عباد بن منصور عن أبي رجاء عن سمرة بن جندب أن النبي صلى الله عليه وآله وسلم سئل عن أطفال المشركين. فقال فذكره. قال البزار: لا نعلم روى هذا الحديث عن النبي صلى الله عليه وآله وسلم إلا سمرة، ولا عنه إلا أبو رجاء.
قلت: آفة هذا الإسناد هو عباد بن منصور. قال الهيثمي في المجمع (7/ 219) : فيه عباد بن منصور، وثقه يحيى القطان، وفيه ضعف وبقية رجاله ثقات. والصواب في عباد أنه ضعيف، ضعفه عامة النقاد، وليحيى القطان رأي آخر في تضعيفه يتفق معهم. ففي الجرح والتعديل (3/ 1/ 86) قال علي بن المديني: قلت ليحيى بن سعيد: عباد بن منصور كان قد تغير؟ قالَ: لا أدرى، إلا أنا حين رأيناه نحن كان لا يحفظ، ولم أر يحيى يرضاه. ويضاف إلى أن عباد مدلس، ولم أره صرح بتحديث عن أبي رجاء. والله أعلم وكذلك عيسى بن شعيب ضعفه ابن حبان (2/ 120)
أما قول البزار: لم يرو هذا الحديث إلا سمرة فمتعقب بأن أنسا رواه أيضاً أخرجه البزار (3/ 31) من طريق الحجاج بن نصير عن مبارك بن فضالة عن علي بن زيد عن أنس مرفوعاً أطفال المشركين خدم أهل الجنة . قلْتُ: ومبارك بن فضالة ضعيف، وكان يدلس كما قالَ أحمد وأبو زرعة وغيرهما وعلي بن زيد وهوَ ابن جدعان ضعيف.. أما الحجاج بن نصير فقد ضعفه ابن معين والنسائي وابن المديني والدارقطني وغيرهم. وقد خالفه معلى بن عبد الرحمن فرواه عن مبارك عن علي بن زيد، عن أنس موقوفاً ولم يرفعه ولكن معلياً هذا متروك الحديث كذبه علي بن المديني والدارقطني، وقال ابن المديني: كان يضع الحديث. ولكن للحديث طريق آخر عن أنس. أخرجه أبو نعيم في الحلية (6/ 308) والطياليسى (2111) من طريق الربيع بن صبيح، عن يزيد الرقاشي عن أنس بن مالك قال: سألت رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم عن ذراري المشركين لم يكن لهم ذنوب يعاقبون بها فيدخلون النار، ولم تكن لهم حسنة يجاوزون بها فيكونوا من ملوك الجنة؟ فَقَالَ النبي صلى الله عَلَيهِ وآله وسلم: هم خدم أهل الجنة؟ قلت: وَهَذَا سند ضعيف أيضاً والربيع بن صبيح ضعفوه لكثرة خطئه، ويزيد ابن أبان الرقاشي ضعفه ابن معين والساجي وابن حبان وتركه النسائي والحاكم وأبو أحمد وتناوله شعبة شديداً.
فكان يقول: لأن أزني أحب إلي من أروي عن يزيد وبالجملة فالحديث ضعيف من رواية عباد بن منصور شديد الضعف من حديث أنس وحديث أنس هذا عزاه السيوطي في الدر المنثور (4/ 168) لقاسم بن أصبغ وابن عبد البر وأما حديث سمرة فضعفه الحافظ العراقي كما في المغني (4/ 31) . والله أعلم.
أما مآل أولاد المشركين ففيهم عشرة أقوال. قال العجلوني في ((كشف الخفاء)) (1/ 152) ((أصحها ما دل عليه الحديث من أنهم في الجنة، ذكرها الحافظ ابن حجر في (شرح البخاري وغيره. أ. هـ‍. وانظر بحث الحافظ عن ذلك في الفتح (3/ 246- 247).

Dha’if (Lemah). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-Bazzar (3/31-32), al-Bukhari dalam al-Kabir (3/2/407-408), al-Tabarani dalam al-Kabir (7/244/6993), juga dalam al-Awsat (287 – Majma’ al-Bahrain) melalui sanad ‘Isa Ibn Shu’aib daripada ‘Abbad bin Mansur daripada Abu Rakha’ daripada Samurah bin Jundub bahawa Nabi SAW pernah ditanya berkenaan anak-anak golongan musyrikin, lalu Baginda SAW bersabda, beliau menyebutkan hadith tersebut. Al-Bazzar berkata: "Tidak kami ketahui ada yang meriwayatkan hadith ini daripada Nabi SAW selain Samurah, dan tidak ada yang meriwayatkan daripada beliau selain Abu Raja’".
Saya berkata: Punca kelemahan sanad ini adalah ‘Abbad bin Mansur. Al-Haythami berkata dalam al-Majma’ (7/219): "Dalam sanadnya terdapat ‘Abbas Ibn Mansur, Yahya al-Qattan telah menilai beliau sebagai thiqah. Dalam sanadnya ada kelemahan, manakala para perawi lain adalah perawi-perawi thiqah". Sebetulnya ‘Abbas seorang yang dha’if. Beliau telah dinilai dha’if oleh keseluruhan para Nuqqad (pengkaji sanad hadith). Yahya al-Qattan juga ada pandangan lain bahawa Yahya menilai beliau sebagai dha’if, selari dengan pandangan mereka (Nuqqad)". Dalam al-Jarh Wa al-Ta’dil (3/1/86) bahawa ‘Ali bin al-Madini berkata: "Saya berkata kepada Yahya bin Sa’id: ‘Abbas bin Mansur telah mengalami kecelaruan ingatan?". Yahya berkata: "Saya tidak tahu, namun ketika kami melihat beliau kami (rasakan beliau) tidak menghafal. Saya melihat Yahya al-Qattan tidak menyukainya". Tambah pula, ‘Abbas seorang Mudallis. Saya tidak melihat beliau menyebutkan jelas lafaz Tahdith daripada Abu Rakha’. Wallahua’lam
Demikian juga ‘Isa bin Shu’aib telah dinilai dha’if oleh Ibn Hibban (2/120). Adapun kata al-Bazzar: "Tidak ada yang meriwayatkan hadith ini selain Samurah". Disusuli bahawa Anas juga meriwayatkannya. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Bazzar (3/31) melalui sanad al-Hajjaj bin Nusair daripada Mubarak bin Fudhalah daripada ‘Ali bin Zaid daripada Anas secara marfu’: "Anak-anak orang musyrik adalah pelayan-pelayan ahli syurga". Saya berkata: Mubarak bin Fudhalah seorang yang dha’if. Beliau selalu melakukan Tadlis sebagaimana kata Ahmad, Abu Zur’ah dan lain-lain. Manakala, ‘Ali bin Zaid, iaitu al-Jud’an seorang yang dha’if. Al-Hajjaj bin Nusair telah dinilai dha’if oleh Ibn Ma’in, al-Nasa’ei, Ibn al-Madini, al-Daraqutni dan lain-lain. Ma’la bin ‘Abd al-Rahman telah meriwayatkan berbeza dengan Mubarak. Ma’la telah meriwayatkan daripada Mubarak daripada ‘Ali bin Zaid daripada Anas secara mawquf dan tidak meriwayatkan secara marfu’. Pun begitu, Ma’la seorang yang Matruk al-Hadith, ‘Ali bin al-Madini dan al-Daraqutni menilai beliau sebagai pendusta. Ibn al-Madini berkata: "Beliau sering memalsukan hadith".
Namun, hadith tersebut ada sanad lain daripada Anas. Ianya telah dikeluarkan oleh Abu Nu’aim dalam al-Hilyah (6/308), dan al-Tayalisi (21111) melalui sanad al-Rabi’ bin Sabih daripada Yazid al-Ruqashi daripada Anas bin Malik, katanya: Saya pernah bertanya Rasulullah SAW tentang anak-anak orang musyrik yang belum melakukan dosa yang menyebabkan mereka masuk neraka, dan mereka juga belum melakukan kesalahan yang boleh melepaskan mereka (daripada neraka), mereka termasuk hamba-hamba dalam syurga?. Nabi SAW menjawab: "Mereka adalah pelayan-pelayan ahli syurga".
Saya berkata: Sanad ini juga dha’if. Al-Rabi’ bin Sabih telah dinilai dha’if oleh mereka kerana banyak melakukan kesilapan (ketika meriwayatkan hadith). Yazid Ibn Aban al-Ruqashi pula telah dinilai dha’if oleh Ibn Ma’in, al-Saji dan Ibn Hibban. Al-Nasa’ei dan al-Hakim Abu Ahmad pula telah meninggalkan riwayat beliau. Syu’bah mengkritik berat Yazid, katanya: "Sekiranya aku berzina, maka lebih aku sukai berbanding aku meriwayatkan daripada Yazid".
Kesimpulannya, hadith tersebut adalah dha’if melalui riwayat ‘Abbas bin Mansur, sangat dha’if melalui Hadith Anas. Hadith Anas ini telah disandarkan oleh al-Suyuti dalam al-Dur al-Manthur (4/178) kepada Qasim bin Asbagh dan Ibn ‘Abd al-Bar. Hadith Samurah pula telah dinilai dha’if oleh al-Hafiz al-‘Iraqi sebagaimana dalam al-Mughni (4/31). Wallahua’lam. Adapun tempat kembali anak-anak golongan musyrikin terdapat sepuluh pendapat. Al-‘Ajluni berkata dalam Kashf al-Khafa’ (1/152): "Pendapat paling sahih yang dibuktikan melalui hadith adalah mereka berada dalam syurga sebagaimana disebutkan oleh al-Hafiz Ibn Hajar dalam Syarh al-Bukhari dan lain-lain". Lihat perbahasan oleh al-Hafiz tentang permasalahan tersebut dalam al-Fath (3/246-247).

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs