Mereka adalah lelaki yang beriman dengan perkara ghaib

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أولئك رجال آمنوا بالغيب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mereka adalah lelaki yang beriman dengan perkara ghaib.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1290, hadis nombor 6603. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن نويلة بنت مسلم، قالت: صلينا الظهر أو العصر في مسجد بني حارثة، فاستقبلنا مسجد إيلياء، فصلينا ركعتين، ثم جاءنا من يحدثنا: أن رسول الله قد استقبل البيت الحرام. فتحول الرجال مكان النساء والنساء مكان الرجال، فصلينا السجدتين الباقيتين ونحن مستقبلون البيت الحرام، فحدثني رجل من بني حارثة: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: أولئك رجال امنوا بالغيب.
[طب، ابن مردويه، ((الضعيفة)) (5655)].

(Palsu)
Daripada Nuwailah binti Muslim, katanya: Kami telah solat Zohor atau Asar di Masjid Bani Harithah, lalu kami menghadap ke arah masjid ‘Iliya’, kami pun solat dua rakaat. Kemudian telah datang kepada kami orang yang menceritakan kepada kami bahawa Rasulullah SAW telah menghadap ke arah Bait al-Haram (Baitullah). Golongan lelaki pun berpindah ke tempat wanita dan golongan wanita ke tempat lelaki. Kami pun solat dua rakaat berbaki dalam keadaan menghadap arah Bait al-Haram (Baitullah). Lalu seorang lelaki dalam kalangan Bani Harithah telah menceritakan kepadaku bahawa Rasulullah SAW bersabda: Mereka adalah lelaki yang beriman dengan perkara ghaib.
[Riwayat al-Tabarani di dalam al-Mu'jam al-Kabir, Ibn Mardawaih. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5655].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.