TEKS BAHASA ARAB
ألا أدلكم على الخلفاء مني ومن أصحابي ومن الأنبياء قبلي؟ هم حملة القرآن والأحاديث عني وعنهم [لله] وفي الله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidak mahukah aku tunjukkan kepada kamu para khalifah (pengganti) daripadaku, daripada para sahabatku dan para Nabi sebelumku? Mereka adalah golongan yang memikul (menghafal dan mengamalkan) al-Qur’an dan hadith-hadith daripadaku dan daripada mereka tentang Allah SWT dan untuk Allah SWT.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1431, hadis nombor 7272. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن علي بن أبي طالب رضي الله عنه مرفوعا: ألا أدلكم على الخلفاء مني ومن أصحابي ومن الأنبياء قبلي؟ هم حملة القرآن والأحاديث عني وعنهم [لله] وفي الله.
[ابو نعيم في ((أخبار أصبهان))، السهمي، ((الضعيفة)) (2375)]
(Palsu)
Daripada ‘Ali bin Abi Talib RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak mahukah aku tunjukkan kepada kamu para khalifah (pengganti) daripadaku, daripada para sahabatku dan para Nabi sebelumku? Mereka adalah golongan yang memikul (menghafal dan mengamalkan) al-Qur’an dan hadith-hadith daripadaku dan daripada mereka tentang Allah SWT dan untuk Allah SWT.
[Riwayat Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan dan al-Sahmi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2375]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.